.

mohon gemar yang satu ini juga , terima kasih .

Wednesday, May 18, 2011

when im lost .


bila aku hilang panduan dalam hidup ,
tiada siapa akan faham aku ,
tiada siapa akan tolong aku ,
dan tiada siapa yang akan kesahkan aku .

bila aku hilang keyakinan untuk berdiri ,
tiada siapa akan hulurkan tangan ,
tiada siapa akan tarik aku bangun ,
dan tiada siapa akan pedulikan aku .

bila aku hilang dari menerima kenyataan ,
tiada siapa akan tolong aku untuk faham ,
tiada siapa akan bantu aku untuk sedar ,
dan tiada siapa akan buat apa apa .

bila aku hilang satu hari nanti ,
tiada siapa akan cari aku ,
tiada siapa yang akan nangis untuk aku ,
dan tiada siapa yang akan mengingati kewujudan aku .

bila aku terjaga dari ilusi dunia yang aku bina sendiri ini ,
aku sedar yang sebenarnya aku keseorangan ,
mereka hanya memainkan watak yang diberi ,

aku sedar yang sebenarnya aku yang lalai ,
hingga menyebabkan banyak masalah yang tertimbul ,

aku sedar yang aku hidup sendiri ,
dan hanya AKU yang dapat capai kemahuan yang aku reka ,
dan hanya AKU yang dapat menolong aku yang terjunan dalam lombong masalah ,
dan hanya AKU dalam dunia aku .

ahh , kau mungkin tidak akan faham apa yang sedang aku bicarakan kerana hanya AKU yang faham akan diriku sendiri .

No comments:

Post a Comment