si hina mahu memekik .
ruang hidup sekarang makin sempit ,
mana aku nak bergerak ,
jika bernafas pun susah .
biar terbaring aku sendiri ,
dalam ruang gelap aku termenung ,
ada cahaya kecilkah yang mungkin akan muncul nanti?
sempit betul ruang yang kau kasi ,
gelap sampai aku sendiri tak nampak bayang aku ,
sangat sunyi dan hanya degup jantung aku yang bising ,
penuhi ruang ini .
sial ,
aku memang tak berani
untuk keluar dari sini ,
dan campur dengan manusia ,
sebab mereka hanya akan
pandang aku sebagai
halimunan .
dah diam diam ,
angkat kaki tolong berambus ,
kan dari dulu aku cakap
aku suka hidup sendiri
dalam dunia buruk dan usang aku ni ,
tak perlu ada kausemua untuk menyemak ,
menyerupai smpah .
biarkan aku sendiri , sebab pintu yang aku kunci memang tiada kunci untuk kau buka .
Aku pecah masuk pintu yang kau bina.
ReplyDeletePintu yang kau bina dari setiap perasaan sedih yang datang singgah dalam hidup kau.
Kalau orang cakap engkau gila kerana kau menjerit terpekik terlolong sorang-sorang.tidak mengapa.
Biar aku sama-sama menjerit dengan engkau.
Jangan hinakan diri.Rendahkan diri tidak mengapa.
Kerana kalau semua orang sudah memandang kita di bawah.sekurang-kurangnya aku untuk memapah kau.kau ada untuk memapah aku.
Sincerly,
your buddy bond