.

mohon gemar yang satu ini juga , terima kasih .

Friday, May 18, 2012

keluh peluh

aku selalu mengeluh ,
tak henti-henti mahu mengeluh,
tak sudah-sudah mengeluh ,
tak pernah nak habis untuk mengeluh .

mengeluh yang kononnya tuhan tak adil , beri aku hidup yang begini rupa , sedangkan aku sendiri yang tak pernah mahu adil dengan hidup ini , sampai mahu tuduh tuhan macam2 .

mengeluh yang dunia ini kejam , dunia ini layu , dunia ini tak pernah nak baru . aku mengeluh walau aku tak berbakti dengan dunia ini .

mengeluh yang aku selalu susah , diludah dengan macam-macam masaalah yang tak henti datang , tapi aku cuma mengeluh dan mengeluh , tak pernah mahu selesaikan satu-satu problem itu .

mengeluh yang semua yang berlaku tak mahu adil dengan aku . sampai marah-marah , sampai carut-carut , sampai tak sedar yang aku sendiri tak pernah mahu adil dengan semua yang berlaku .


mengeluh yang aku selalu sendiri , mama sibuk kerja , adik abang belajar , dirumah aku sendiri . rakan sekerja cuti malam ni , jadi di tempat kerja aku sendiri lagi . kawan-kawan sibuk dengan dunia masing-masing , jalan-jalan aku sendiri lagi . tak pernah terfikir yang terkadang aku juga ninggalin mereka sendiri kerana urusan aku . aku mengeluh lagi .

mengeluh yang dia ini jahat , dia ini sial , dia ini bawa malang , dia ini menyemak , dia ini mulut puaka , dia ini busuk , dia ini kotor , dia itu dia ini . sampai terlupa yang aku hidup bukan semuanya tentang aku .

mengeluh kenapa hidup aku sejak lahir tak pernah mahu senang , tak pernah mahu gembira , tak pernah mahu tinggal kenangan manis-manis , tak pernah mahu yang baik saja . dan aku mengeluh walhal aku sedar yang hidup ini tak sempurna .

dan hari ini aku sedar , aku tak patut terus mengeluh . hanya kerana aku lupa perkara-perkara indah yang dah berlaku tiap kali keluhan aku didengari . 

//raksasaboo



No comments:

Post a Comment