tak patut halang-halang,
cuma tengok-tengok saja,
jaga dalam diam, dari jauh.
aku tak mahu nanti adik aku kata ,
"kau boleh asal aku tak boleh?"
"kau tak ada hak nak cakap kau tu pun lagi teruk"
"kau siapa nak bersuara? kau rasa kau berhak ?"
-satu
aku pernah duduk luar jb tumpang rumah kawan ,keluar balik lambat dengan kawan1 . dah suruh dia text kakak dia tapi dia kata tak apa , kakak yang suruh keluar sebab selama ni minah ni anti social madah terperuk dalam bilik aja . rumah kawan-kawan dekat sini jauh dia kata itu malas . alang-alang aku datang , kita keluar lah. dia nak bawak aku jalan-jalan sambil dia pun nak berjalan keliling kota besar ni.
sampai apartment dorg pukul tiga , kita masuk kakak dia tercongok keluar dari bilik , dia marah , dia marah , dia marah , aku jalan laju masuk bilik tiggal kawan1dengan kakak dia . adik beradik tengah bertengkar takkan aku nak duduk sama , awkward duh.
tapi masa tu kawan1 steady , still maintain dia punya cool , kakak bebel dia cuma cakap sorry lepastu masuk bilik . muka dia ketat , aku cuma tersengih sebab rasa sebersalah .
"aku suruh text dia kau kata tak apa tadi , degil"
"alah dia yang suruh aku keluarkan, ni aku dah keluar dia nak bising pula."
"atleast patut cakaplah kan kita balik lambat"
"iyalah iyalah , alah dia tu tak ada hak nak tegur aku , dia tu lagi teruk"
"tabaik lah, dia teruk sebab tu taknak kau jadi teruk macam dia"
"..............................................................................."
"..............................................................................."
*awkward moment*
-dua
"kawan kau ada nama manusia1 eh?"
"aah , ada-ada."
"dia tu social ye?"
"bolehlah , dia tu amerika sikit. tindik pusat , duduk bilik pakai bra dgn spender je"
"oh haha , jangan kau ikut dia sudahlah"
"taklah, kau kenal aku kan macam mana . lagi satu mana kau kenal dia ni?"
"ada orang tanya aku, dia suruh aku tengok tengokkan kau . aku memang kenal , orang lain ?"
"aku tahu , kakak aku kan? sebab manusia1 tu kawan dgn kawan2 dia juga . dia tu penyibuklah"
"dia risaukan kau je, kau kan adik dia"
"memanglah tapi aku dah besar aku pandai lah jaga diri aku , aku bukan macam dia ikut2 orang"
"haha,dia risaukan kau lah tu kan kakak kau mestilah nak jaga kau taknak kau jadi teruk"
"dia tu tak ada hak nak sibuk dalam hidup aku, kau pun tahu kan dia punya terhegeh2 nak kawan dengan budak2 tu macam mana ? orang minum dia minum , org smoke dia smoke, org pakai ni dia pakai ni , org attitude mcm tu dia pun konon attitude sama , geli weh . memanglah kakak aku tapi rasanya aku lagi tahu pasal hidup yang mcm ni , at least aku tak culture shock macam dia."
.
.
.
.
.
dan aku akan diam bila kawan-kawan aku yang ada kakak cakap macam tu , aku tak ada kakak jadi tak tahu rasanya berkakak dan cuba untuk jadi kakak yang tak useless. tapi bila diaorang kata macam tu sikit-sikit menghiris rasa aku pelan-pelan , pedih weh macam adik aku yang kata gitu .
dan untuk tak dibegitukan oleh adik-adik , fikiran aku sikit-sikit terbuka . betul juga kata mereka , kita cuma kakak bukan tuhan bukan mak bapak(mak bapak pun ada ke hak?) nak kawal hidup mereka . manusia mestilah ada perasaan ingin mencuba kan? jadi biarkan dan cuma awasi , jangan lebih-lebih mengawal . nanti makin mereka bentak . cuma pastikan mereka tak keterlaluan masatu barulah kau boleh lebih-lebih sabagai kakak .
macam aku dulu , makin semua orang mahu cuba kawal aku makin aku tunjuk perangai menjadi-jadi .aku pun punya perasaan ingin mencuba , jadi aku buat . sampai aku rebel habis semua orang dah malas nak menghalang . habis kalau aku buat aku tahu perkara tu teruk jadi aku kena halang adik aku ? sepatutnyalah ,tapi adik-adik pun ada pilihan mahu mencuba atau tidak kan . untuk dalam hidup , aku tak rasa aku ada hak nak tentukan pilihan dorang so aku serahkan pada mereka sendiri.
jadi semalam aku tanya adik aku , dia kata dia merokok(sebab kawan-kawan dia merokok) , kononnyalah . padahal aku pernah suruh dia merokok depan aku dan keputusannya gagal . mula-mula aku ada halang-halang dia. bilang sama dia tentang buruknya merokok padahal dalam masa yang sama aku perokok . kelakar kan?
buatlah , buat apa kau nak . tapi kasitau sama aku , sekurang-kurangnya aku tahu . dan simpan , simpan dalam hati yang paling dalam lubuk gelapnya untuk segala perkara jahat yang kau buat supaya ianya hanya untuk diri kau,yang sudah tahu apa buruk baiknya perkara larangan itu dan masih pilihan kau untuk memilih teruskan atau hentikan .
semuanya cuma pendapat , cuma rasampah aku .
memang nak yang terbaik untuk orang lain,nak jadi yang terbaik,
tapi pandai-pandai dan agak-agak jugalah
sebagai kakak juga , kalau kau lebih-lebih aku pijak kepala kau .
-kotak selerak.
No comments:
Post a Comment