.

mohon gemar yang satu ini juga , terima kasih .

Saturday, January 5, 2013

kau dia , bukan aku.


kau ada hal dengan dia ,
kau cerita sama aku ,
aku cuma dengar keluhan kau ,
sambil senyum dah terus mendengar .

dia ada hal dengan mereka ,
cerita lagi sama aku ,
dan aku pun dengar lagi ,
rengek-rengek kau , dan senyum.

mereka ada hal dengan geng itu ,
macam biasa cerita lagi ,
dan macam biasa dengar lagi ,
dan macam biasa , senyum lagi.

untuk anggap aku sebagai pendengar,aku
boleh jadi pendengar,yang suka senyum dan diam.
sekurangnya aku harap kau lega bila habis
dendangkan aku keluh-keluh kau tentang
yang jahat, yang tak suka, yang macam2,
tentang-tentang yang buat kau gusar hati.

tapi ,
yang dia
yang mereka
yang geng itu
yang siapa-siapa

hanya hal kau dengan yang di "yang",
tak, aku mungkin tak ada hal dengan "yang"
sebab aku jarang mahu ber'hal'kan dengan siapa-siapa .

jadi kau tak boleh harap jika kau bercerita jahat dia, tak suka dia , perangai sial dia , bangsatnya percakapan dia , apa lancau semua yang kau tak suka dia . dekat aku , aku pun akan ada perasaan benci yang sama dengan kau untuk dia yang kau cerita-ceritakan .

tak aku tak ada , dan tak aku tak akan burukkan kau ke dia atau burukkan dia ke kau (melainkan memang aku tahu apa buruk dia dan kita memang rapat,apa? aku pun jahat). aku cuma harap kau , dia , mereka dan semua faham yang aku cuma rela menjadi pendengar,dan bila aku baik dengan yang di'yang'kan aku harap kau tak marah, tak terasa, tak apa-apa .

sebab logiknya yang ada hal kau dengan dia ,
aku ? aku cuma pendengar dan tak mahu ada apa-apa hal.

lebih senang kalau kau cari pendengar lain kalau tak percayakan aku ,
aku orang jahat , untuk percayakan aku adalah hak kau sendiri ,
mahu aku jadi pendengar atau mahu rahsiakan dari aku , adalah hak .

dan adalah hak aku juga untuk berkawan dengan semua
tanpa mahu endah kan apa-apa cerita-cerita yang diuar-uarkan itu.

-kotak selerak.

2 comments: